Penyanyi Sufian Suhaimi berkata dia sudah sedia 99 peratus untuk melangsungkah perkahwinan tahun ini dengan kekasihnya Rania Al Sadat.
Memetik Harian Metro, Sufian berkata dia dan kekasih tidak mahu bercinta terlalu lama dan sudah sedia untuk mendirikan rumah tangga.
BACA: Dah Pulang Cincin Merisik, Sufian Suhami & Rania Tak Jadi Kahwin
“Setiap tahun kami merancang dan setiap tahun kami berkata ‘tahun ini’. Saya rasa tahun ini adalah tahun yang tepat untuk melaksanakan sesuatu yang benar.
“Tiada siapa yang benar-benar 100 peratus bersedia untuk bergerak ke fasa yang lebih serius. Namun, pada akhirnya, ia bergantung kepada niat kita untuk menamatkan zaman bujang,” katanya.
Sementara itu, Sufian berkata proses untuk adakan majlis kahwin kini lebih mudah kerada sudah ada perancang perkahwinan.
Namun, baginya perkahwinan bukan hanya keseronokan semata-mata sebaliknya lebih kepada melunaskan tuntutan agama iaitu kewajipan berkahwin.
Terdahulu, hubungan Sufian dan Rania sudah putus pada April tahun lalu dan memulangkan kembali cincin risik. Namun, pasangan itu kembali menjalin hubungan semula pada Januari lalu.
SUMBER: Harian Metro