Sudah Ke Mahkamah, Shuhada Harap Nafkah Anak-Anak Takkan Putus

Sejak Khamis lalu, hangat diperkatakan mengenai pelakon Hafidz Roshdi yang menceraikan isterinya, Nurul Shuhada dengan talak satu bersaksikan keluarganya.

Nampaknya Shuhada tidak menunggu lama dimana ibu kepada dua cahaya mata itu menguruskan urusan perceraian termasuk nafkah anak-anak.

BACA: “Kalau Dia Kahwin Dengan Athira, Saya Akan Dapat Dia Yang Bahagia” – Shuhada

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shu as it SHU ! (@shushukriii)

Menerusi perkongsian terbaru, Shuhada ada memuat naik gambar terbaru dilihat memakai serba hitam dipercayai berada di Mahkamah Syariah Selangor.

Dalam perkongsian itu, Shuhada turut menyertakan kapsyen berharap agar nafkah anak-anaknya tidak terputus.

Perkongsian Shuhada itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memberikan kata-kata semangat buatnya serta dipermudahkan urusan.

×