Rabu lalu satu demi satu pendedahan dibuat oleh Bella Astillah mengenai suaminya, Aliff Aziz yang berlaku curang sebanyak 11 kali serta kontroversi bersama aktres Ruhainies.
Dalam pendedahan tersebut, Bella berkata Aliff sudah lebih lapan kali ke rumah Ruhainies selepas ianya dikesan melalui GPS tracker yang dipasang pada kereta dipakai oleh Aliff yang merupakan hadiah daripada Bella.
BACA: “Kalau Betul Sayang, Kenapa Buka Aib Saya?”
“Kereta yang Aliff pakai adalah hadiah daripada Bella, saya tak pernah beritahu itu. Sebab itu setiap kereta yang di bawah nama saya ada GPS
“Bukan saya pasang untuk perhatikan pergerakan Aliff, tapi saya percaya orang lain pun pasang takut kereta hilang.
“Aliff pergi ke rumah Ruhainies di Pavilion Suite lebih lapan kali. Kalau nak tuduh saya perangkap, kenapa saya tak buat pada kali ketiga mereka di sana?,” katanya.
Sementara itu, Bella meluahkan rasa kesal apatah lagi dia menganggap Ruhainies sebagai sahabatnya serta mengucapkan terima kasih kepada aktres itu kerana anak-anaknya kehilangan bapa.
“Kepada Ruhainies terima kasih banyak-banyak. Sebab awak, anak-anak saya kehilangan bapa. Terima kasih juga Aliff sanggup menipu untuk nampak awak tidak salah.
“Segala bukti yang ada dalam telefon saya, Aliff tahu lagi besar. Tapi mungkin Ruhainies sudah ‘brainwash’ hanya untuk selamatkan dirinya sahaja,” katanya.
Dalam pada itu, Bella berkata Ruhainies akan merasai apa yang dia lalui serta menyerahkan segalanya kepada Allah.
“Saya percaya dalam bulan Ramadan yang mulia ini, kuasa Allah sangat besar. Ruhainies pun belum pernah berkahwin, belum jadi isteri dan ibu. Suatu hari nanti tolong ingat ini Ruhainies, awak akan rasa apa yang saya rasa,” katanya.
SUMBER: Murai