“Suara Saya Tak Di Edit, Itu Suara Iblis”

Pelakon Zara Zya mendedahkan dia diganggu perkara mistik ketika sesi podcast, Di Sebalik Misteri yang dikendalikan oleh usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa bersama Pak Ngah Kun di YouTube.

Menurut Zara, suara yang keluar ketika menyebut perkataan iblis ketika podcast itu tidak disunting sama sekali dan itu adalah suara mahkluk berkenaan.

BACA: Zara Zya Menyesal, Mohon Maaf Adegan Dipeluk Pelakon Lelaki

“Wallahi…ketika saya menyebut perkataan iblis, suara saya tak diedit. Itu suara ‘dia’. Dia ada…” katanya.

Ketika podcast berkenaan, Zara sedang memberi gambaran sosok tubuh iblis turut terkejut apabila suaranya berubah menjadi garau secara tiba-tiba.

“Sampai iblis itu saya pernah bercakap depan cermin, saya tanya. Kau ini siapa? Iblis! Kenapa suara aku macam itu?,” katanya.

Klip video tersebut yang tular di media sosial mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut terkejut mendengar suara berkenaan. Malah, ada yang seram apabila melihat video tersebut pada lewat malam.

Dalam pada itu, ada segelintir netizen mendakwa video tersebut telah disunting dan menuduh aktres itu membuat miming atau menekan suara sehingga berbunyi seperti sedemikian.

SUMBER: X brgsjks

×