“Suara Fazura Tak Sedap, Kena Jawab Jujur, Berdosa Tipu”

Sejak beberapa hari lalu, nyanyian pelakon dan penyanyi, Nur Fazura di sebuah program di Indonesia menjadi bualan ramai di media sosial.

Perkara itu turut mendapat perhatian pelakon Sharnaaz Ahmad yang menjawab soalan daripada netizen mengenai persembahan Fazura.

BACA: Masdo Akui Nyanyian Fazura Beri Kesan Kepada Industri Muzik Negara

Sharnaaz mengatakan suara Fazura tidak sedap dan dia perlu jawab dengan jujur. Sharnaaz sempat bergurau siapa yang merasakan nyanyiannya sedap perlu membuat pemeriksaan telinga.

“Klau orang kata sedap aku kena jumpa doktor Siva nak check gegendang telinga bermasalah atau tak. Dia tu aku rasa kawan banyak sangat mendukung (support), salah kawan dia ni. Dia kena jumpa pembimbing rakan sebaya,” katanya.

Sementara itu, Sharnaaz berkata Fazura juga bergelar rakan dalam industri seni dan turut meluahkan rasa simpati apabila aktres itu dikecam oleh netizen.

“Aku bukan komen.. tak.. sebab dia pun kawan. Semua orang kawan. Sebab nanti bila dia kena macam ni, aku kesianlah. Tak mahulah sampai macam ni sebab kita pun anak seni. 

“Bila kita tengok anak seni kita duk kena hentam macam ni, macam kita tak ada maruah pula. Tapi tak bolehlah macam tu,” kataya.

Dalam pada itu, Sharnaaz berkongsi dia pernah mendengar lagu Bertahan Demi Cinta di YouTube dan berpendapat bahawa nyanyian Fazura sedap dalam sesi rakaman.

“Aku rasa masa recording aku dengar sedap je weh, aku dengar kat YouTube sedap juga. Memang mereka tu geng auto tune tapi orang akan tahu bila orang guna auto tune sebab dia akan bunyi pelik,” katanya lagi.

×