“Suara Fazura Memang Sedap, Cuma Pitching Lari Sikit”

Pelakon Rashidi Ishak berkata dia hanya sekadar menegur serta berkongsi pandangan sebagai rakan artis susulan kritikan diberikan terhadap nyanyian, Nur Fazura.

Memetik mStar Online, Rashidi berkata dia tiada niat untuk mengkritik kerana memahami aktres itu kurang pengalaman dalam membuat persembahan nyanyian secara langsung.

BACA: “Dia Tone Deaf” – Rashidi Ishak Minta Fazura Ambil Guru Vokal

“Perkara itu hanya pandangan ikhlas dari saya. Tak dinafikan suara Fazura memang sedap sebagai seorang penyanyi pop, cuma klip yang tular jelas nampak nyanyian dia sedikit lari (pitching).

“Kalau kita lihat, untuk penyanyi yang berlatih setiap hari dan sering membuat persembahan, masalah pitching jarang berlaku kepada mereka.

“Fazura mungkin kekurangan pengalaman dalam menyanyi secara live. Mana ada penyanyi yang lahir-lahir terus bagus, semua perlu berlatih dan dipelajari,” katanya.

Sementara itu, Rashidi berkata Fazura bertuah kerana dapat peluang membuat persembahan di Indonesia. Katanya lagi, perkongsianya itu sekadar pandangan peribadi seperti dilakukan pengguna media sosial lain.

“Saya hanya menulis di thread hanya berkongsi pendapat sahaja. Sama seperti pengguna media sosial lain, mereka akan meluahkan apa mereka rasa di platform tersebut.

“Fazura secara tidak langsung bawa nama Malaysia ke luar negara, susah peluang sebegitu untuk melebarkan sayap ke Indonesia,”katanya.

SUMBER: mStar Online

×