“Suara Awak Unik & Sedap, Fazura Boleh Pergi Jauh” – Aliff Syukri

Sejak beberapa hari lalu, nyanyian pelakon dan penyanyi, Nur Fazura di sebuah program di Indonesia menjadi bualan ramai di media sosial.

Perkara itu turut mendapat perhatian usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri yang turut mengulas mengenai nyanyian Fazura itu serta memuji keunikan suara aktres berkenaan.

BACA: “Suara Fazura Tak Sedap, Kena Jawab Jujur, Berdosa Tipu”

Menerusi perkongsian di Instagram, Aliff berkata baginya suara adalah universal dan suara Fazura sedap didengar. Malah, Aliff berkata bakat nyanyian Fazura juga boleh pergi jauh.

Sementara itu, Aliff turut mengajak Fazura untuk berduet serta mengatakan bakat aktress itu akan lebih menyerlah jika menyanyi bersama.

“Suara awak sedap sangat Fazura. Jom kita berduet. Saya rasa kalau awak berduet dengan saya, bakat awak lagi terserlah dan kita akan meletop bersama. 

“Jom Fazura, awak memang sesuai berduet dengan saya, awak akan terkenal, bukan di Malaysia tapi diserata dunia,” katanya.

Perkongsian Aliff itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut bersetuju usahawan itu berduet dengan Fazura serta muncul dengan lagu raya.

×