Pengarah Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail mengakui nyanyian usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri menerusi lagu Baby Sayang bersama Baby Shima itu berbunyi sumbang.

Memetik laporan Harian Metro, Mokhzani turut mengulas suara Baby Shima tiada masalah serta mengatakan muzik lagu tersebut simple namun bermasalah pada nyanyian sahaja.

BACA: Aliff Syukri Nak Duet Dengan Siti Nurhaliza, Awie, Jamal Abdillah & Anuar Zain

“Lain kali panggil orang yang ada ‘telinga’ jaga vokal. Bukan kita tak mahu tolong. Kira okeylah keseluruhannya nak juga dia menyanyi, tapi itulah kena ambil tindakan sebab nak keluar radio tak semudah itu.

“Kita pun bukan tak nak berkompromi soal ini. Lagu ini ‘simple’ dan muzik pun okey. Sesuai dengan konsep, cumanya masalah pada nyanyian.

“Baby Shima tiada masalah tapi nyanyian Datuk nak lagi kena berlatih. Okeylah setakat keluar YouTube ada 813,000 tontonan kiranya banyak. Cukuplah setakat itu,” katanya.

Menurut Mokhzani lagi, tular atau ‘trending’ bukanlah penentu kualiti sesebuah lagu. Namun, beliau tidak menganggap ia mengganggu industri muzik .

“Sebenarnya pendengar suka mendengar, termasuk saya nak dengar apa yang tak kena. Memang tak kena kerana selalunya juri cari benda yang salah dalam nyanyian, tapi yang ini nak cari ‘part’ yang betul pun tak jumpa.

“Kalau dia masuk radio dan keluar di kaca TV lainlah. Kalau dia keluar fizikal CD pun belum tentu ada yang beli,” katanya.

Dalam pada itu, Mokhzani menjelaskan Aliff mempunyai banyak kelemahan serta tidak sepadan dengan suara suara Shima yang disifatkan sempurna.

“Padahal boleh perbetul macam-macam teknik boleh diguna. Memang Baby Shima sempurna tapi sempurna dia terlalu ‘perfect’ untuk Aliff sampai akan dengar dia punya ‘pitching’ nampak keterlaluan larinya.

“Boleh lagi diperbetulkan, tapi tak tahulah penerbit ambil sikap, mungkin silap-silap Datuk ini pun kena kelentong dengan penerbit. Dia kata okey dah tu okey. Dia pun tak tahu apa, kata okey.

“Suara tak sepadan dengan suara Baby Shima. Ya Allah dengar baliklah. Padahal senang saja. Aduii tak tahu nak kata,” katanya.

Sementara itu, Mokhzani berkata tiada masalah unutk Aliff merakamkan lagu namun kenyataannya menggelarkan dirinya artis nombor satu tidak boleh diterima ramai.

“Sebenarnya banyak lagu sebegini dalam YouTube, tapi sebab dia Aliff Syukri dan dia seakan-akan mendabik dada dengan kenyataan artis nombor satu, itu yang orang tak boleh terima,” katanya.

×