Setiap wanita yang bergelar isteri pasti impikan seorang suami yang penyayang dan sentiasa mengambil berat tentang diri mereka.
Hampir tujuh bulan mendirikan rumah tangga, selebriti popular Neelofa berkongsikan sikap suaminya, Pencetus Ummah (PU) Riz yang sentiasa mengambil berat tentang dirinya.
BACA: Empayar Ratus Juta, Netizen Kagum PU Riz & Neelofa Pakai Kasut Skechers Sahaja
Menurut bakal ibu itu lagi, dia meluahkan rasa syukur kerana memiliki suami yang memahami serta sentiasa memastikan dirinya dalam keadaan baik.
“Dia sangat prihatin dan menjaga kesihatan, emosi dan mental saya serta sentiasa memastikan saya dalam keadaan yang baik.
“Kalau saya sakit atau tidak sihat, saya tak risau sebab saya ada dia yang menjaga saya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki,” katanya.
Neelofa berkongsikan perkara itu dalam satu sesi siaran langsung bersama Fauziah Gous baru-baru ini.
Untungnya Neelofa memiliki suami yang penyayang. Meskipun tiada lagi pengumuman rasmi mengenai dakwaan dia kini berbadan dua, diharap Neelofa dan kandungan dalam keadaan sihat.