Suami kepada penyanyi Datuk Nora Ariffin iaitu Dr Rushdi Ramli tampil menafikan dakwaan isteri pertamanya, Rose Aliza berkenaan perceraiannya dan Nora adalah atas kehendaknya adalah satu fitnah.
Menerusi satu kenyataan media, Rushdi berkata keputusan itu dibuat kerana wujud desakan daripada Rose sehingga dia menceraikan isteri keduanya.
BACA: “Saya Tak Pernah Paksa Ceraikan Madu, Itu Keputusan Suami Sendiri” – Madu Nora
“Kenyataan berkenaan tidak benar dan mendatangkan fitnah besar kepada saya sebagai suami dan Nora sebagai isteri kedua.
“Hakikatnya, wujud desakan dan suruhan daripada pihaknya (Rose) sehingga saya menceraikan Nora, namun kemudiannya saya rujuk semula. Saya ingin menyatakan terdapat bukti wujudnya desakan dan suruhan daripada pihak ketiga untuk saya menceraikan Nora,” katanya.
Sementara itu, Rushdi berkata dia faham perasaan isteri pertamanya yang dimadukan tanpa pengetahuan namun tidak boleh memaksanya untuk menceraikan isteri kedua serta berharap dalam selesaikan hal itu secara harmoni.
“Bagaimanapun, saya ingin nyatakan di sini, saya sangat berharap kemelut isteri-isteri saya dapat diselesaikan secara harmoni demi bulan Ramadan yang mulia ini. Saya amat sayang kedua-dua isteri dan keluarga saya.
“Sesungguhnya saya amat menghargai segala kebaikan dan pengorbanan isteri pertama sepanjang hidup bersamanya, selain saya juga menghargai kebaikan isteri kedua.
“Saya amat berharap saya dan isteri-isteri saya dapat melayari bahtera dan meniti kehidupan bersama dengan sakinah, mawaddah warahmah hingga ke jannah-Nya,” katanya.
Terdahulu, Rose Alza mempertahankan diri bahawa dia tidak pernah memaksa suaminya untuk menceraikan madu sepertu yang didakwa.
SUMBER: BH Online