Suami Bangga Mira Filzah Raih Anugerah Nona Superwoman 2020

Tahun 2020 boleh dikatakan tahun terbaik buat Mira Filzah, selain baru sahaja mendirikan rumah tangga, Mira turut dicalonkan 100 wanita tercantik dunia oleh oleh media bebas antarabangsa, TC Candler.

Bukan itu sahaja, pelakon dan pengacara terkenal itu juga urut menerima anugerah NONA Superwoman Award bagi kategori Influencer NONA yang berlangsung semalam.

BACA: Mira Filzah Tercalon 100 Wanita Paling Cantik Di Dunia

“Syukur Alhamdulillah, tahniah isteriku. Semoga awak akan sentiasa bersinar menjadi inspirasi yang baik.  Saya lihat banyak kebaikan dalam diri awak, Amirah dan awak sentiasa berkongsi serta menyebarkannya ke seluruh dunia.

“Semoga Allah merahmati dan melindungi awak sehingga akhir masa. Tahniah sayangku,” tulis Emir di ruangan posting tersebut.

Menerusi Instagram, suaminya, Wan Emir Astar memuat naik satu perkongsian istimewa meluahkan rasa bangga terhadap kejayaan isterinya itu. Wan Emir turut mendoakan agar isterinya itu terus menjadi inspirasi ramai dan dirahmati oleh Allah.

Perkongsian Wan Emir itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang tidak ketinggalan untuk menzahirkan ucapan tahniah diatas pencapaian dan kejayaan diraih pelakon itu.

×