Pelakon jelita Sophia Albarakbah berkata dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan yang sudah dikenali sejak tahun 2011 lagi.
Memetik mStar Online, Sophia berkata dia tidak mahu terburu-buru dan dalam fasa mengenali satu sama lain dengan jejaka berkenaan yang dirahsiakan identitinya itu.
BACA: “Patutlah Cantik” – Ibu Sophia Albarakbah Bekas Ratu Cantik 1980
“Kalau cakap mengenai mahu berkahwin, saya memang sudah bersedia. Umur pun makin meningkat, jadi mestilah terfikir ke arah itu.
“Calon sudah ada, tapi kami baru dalam fasa kenal hati budi. Kami perlahan-lahan dulu, tidak mahu terburu-buru. Saya pun mahu fokus karier,” katanya.
Sementara itu, Sophia berkata jejaka itu bukan orang kenamaan mahupun dalam industri seni tetapi keluarganya sudah lama mengenalinya.
“Dia bukanlah orang kenamaan mahukan orang industri, tetapi yang penting dia merupakan individu yang disayangi dan juga sudah kenal lama dengan keluarga saya.
“Buat masa sekarang biarlah identiti dia tu dirahsiakan, paling penting adalah keluarga saya merestui dia. Kami pun dah beraya bersama,” katanya.
SUMBER: mStar Online