Sona One: Saya Sudah Ada Kekasih

Penyanyi rap yang semakin popular dan meningkat naik, Sona One baru-baru ini mengakui bahawa dirinya sudah pun mempunyai teman istimewa selain menyatakan bahawa kerjaya seninya adalah lebih penting berbanding kisah peribadinya.

BACA: Juliana Evans Dan Sona One Kini Bercinta?

“Saya tidak kisah untuk memberitahu yang saya kini memang ada seseorang di hati saya. Namun, cukuplah setakat itu sahaja kerana ia tidak adil untuk kami berdua. Bagi saya, tiada apa yang perlu orang tahu pasal dia dan biarlah ia disimpan rapi untuk diri saya sahaja,” katanya kepada Tonton Extra.

Sebelum ini, Sona One khabarnya menjalin cinta dengan Juliana Evans namun perkara itu disangkal oleh penyanyi ini dan juga Juliana sendiri dengan menjelaskan mereka hanyalah kawan sejak daripada zaman remaja lagi.

Pengakuan daripada Sona One ini nampaknya menutup terus khabar angin sebelum ini yang mengatakan dia dan Juliana bercinta. Buat Sona One, semoga perjalanan seni anda semakin berjaya dan percintaan melangkah ke fasa setersunya. (rtky/s)

×