“Solat Itu Urusan Saya Dengan Allah”

Menjadi perdebatan ramai apabila aksinya dirakam ketika solat didalam kereta, Fathia Latiff enggan melayan kritikan negatif peminat dan menyifatkan solat yang dilakukannya urusan diantara beliau dan Allah.

BACA: Solat Dalam Kereta, Fathia Latiff Dikecam Netizen

“Saya kerjakan solat kerana Allah bukan kerana manusia. Maaf saya tidak tahu aksi saya dirakam,” katanya kepada m Star Online berhubung dengan rakaman dirinya menjalani solat dalam kereta baru-baru ini.

Menerusi video yang dirakam, Fathia difahamkan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan waktu solat hampir tamat membuatkan beliau terus menunaikan solat di dalam kereta. Namun aksi itu dipertikaikan oleh peminat.

Selain daripada arah kiblat didalam kereta yang bergerak dipersoal, solekan tebal Fathia ketika menunaikan solat juga turut menjadi buah mulut. Namun tidaklah semua membangkang, ada juga yang masih memuji sikap Fathia yang mengutamakan solat walaupun dalam perjalanan ke fesyen show!

Kalau dilihat pada ruangan komen, pelbagai komen dan dalil dikeluarkan bagi mempertahankan pendapat masing-masing. Susah nak komen kalau bab-bab begini, namun mungkin Fathia ada alasan tersendiri. (rtky/w)

×