Penyanyi Amira Othman berkata dia percaya bahawa dengan menjaga solat dapat melindungi diri daripada melakukan perkara terlarang.

Menerusi podcast Ruang Cerita Zayan, Amira berkata dia sudah menjaga solat sejak zaman sekolah lagi serta menyifatkan ianya adalah perkara paling asas sebagai umat Islam.

BACA: Sudah Nafi, Netizen Yakin Fattah Amin & Amira Othman Bercinta

“Saya memang tak baik, saya adalah seorang pendosa tapi apa pun kena solat. Solat itu tiang agama. Jahatlah macam mana pun kita kena solat.

“Alhamdulillah saya tetapkan sejak sekolah lagi. Tidaklah saya ini bagus tapi memang kita kena solat dan ia perkara paling asa.

“Solat ini banyak selamatkan saya dan Alhamdulillah mak ayah saya memang selalu memantau. Saya sering dipantau walaupun jauh dari keluarga,” katanya.

Dalam pada itu, Amira sering mengingatkan teman-temannya mendirikan solat kerana ia mampu membawa seseorang ke jalan kebaikan.

“Kalau kita tersasar melakukan perkara jahat pun insya-Allah kita akan berpatah balik kerana banyak doa dan berkat dalam solat. 

“Saya cerita ini bukan sebab saya baik tetapi saya hanya nak cakap sesusah mana pun perjalanan anda nak jadi orang baik, jagalah solat,” katanya.

SUMBER: mStar Online

×