Sokong Rita Rudaini, Netizen Mahu Kumpul Duit Lantik Peguam

Sabtu lalu, pemain bola sepak Zaquan Adha membuat laporan polis susulan kenyataan bebaur fitnah dilkeluarkan oleh Rita Rudaini terhadapnya di Insta Story.

Menerusi ruangan komen di Instagram Rita, rata-rata netizen menyatakan sokongan buat pelakon itu serta turut menawarkan bantuan untuk mengumpul dana membayar duit guaman jika ianya diperlukan.

BACA: Zaquan Adha Buat Laporan Polis Terhadap Rita Rudaini

Tidak kurang juga, ada yang menyatakan mahu mengumpul wang untuk mendapatkan peguam yang terbaik buat Rita.

Sebelum ini, Rita membidas bekas adik iparnya yang mengatakan dia tidak masuk campur urusan rumah tangga abangnya, Aidil Zafuan dengan bekas kakak iparnya itu. 

Rita juga mendakwa bekas adik iparnya itu antara punca masuk campur urusan rumah tangganya malah Zaquan sendiri yang datang ke rumahnya untuk mengambil pakaian Aidil ketika itu.

SUMBER: Kosmo

×