Sokong Gerakan Blockout2024, Lufya Tak Kisah Hilang Kawan

Penyanyi dan pelakon Lufya Omar turut menegur sikap selebriti dan pempengaruh media sosial susulan gerakan Blockout2024 yang dilancarkan baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Lufya berkata dia malu dengan sikap selebriti yang seolah tidak mengambil serius dengan kekejaman zionis yang mempromosikan barangan yang diboikot.

BACA: Julia Farhana Mohon Maaf, Lufya Minta Jangan Lagi Jolok Sarang Tebuan 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lufya Luvya (@lufyalaana)

“Kejar kejar! Dunia yang tak seberapa. Kelak kau dipinggirkan di akhirat. Selebriti, influencer, banyak sangat alasan nak buat awareness atau supporting Palestin. 

“Unfollow! Block! Anda sangatlah rugi! Tak boleh terima kejahilan dan pentingkan diri sendiri. Malu dengan orang barat yang all out boikot, sekat dan macam-macam kempen mereka buat untuk hentikan kekejaman zionis,” tulisnya.

Dalam pada itu, Lufya menegaskan dia tidak kisah jika hilang kawan mahupun orang yang mengenalinya susulan teguran yang dibuat olehnya itu.

“Hilang kawan, hilang jiran, hilang review pun tak apalah dari banyak soalan nak dijawab kat ‘sana’ nanti. Tolong komen siapa lagi saya patut sekat?” katanya.

×