Siti Saleha Sah Bergelar Isteri Joshua Fitton

Tahniah buat pelakon Siti Saleha sah bergelar isteri kepada pereka fesyen, Joshua Fitton dengan sekali lafaz pada majlis yang diadakan di Janda Baik pagi tadi.

Memetik BH Online, majlis tersebut diadakan secara tertutup dan Siti Saleha dinikahkan oleh bapanya, Mohd Baharum Abd Rahman.

BACA: Kurang Sebulan Nak Nikah, Siti Saleha Tetap Gementar

Pada majlis penuh indah itu, pihak lelaki menyerahkan lima dulang dan dibalas tujuh oleh pihak perempuan. Manakala, jumlah mas kahwin dan wang hantaran dirahsiakan.

Sementara itu, Saleha meluahkan rasa syukur majlis nikahnya berjalan lancar dan dipermudahkan serta bersedia untuk kembali bergelar isteri.

“Saya memilih Joshua sebagai suami kerana kami memiliki banyak persamaan dan sama-sama berdarah kacukan Melayu-Inggeris.

“Saya juga berdoa semoga perkahwinan kali kedua ini diberkati Tuhan dan kekal hingga ke jannah,” katanya.

Difahamkan, acara diteruskan dengan majlis resepsi sebelah pihak perempuan pada jam 12 tengah hari, manakala majlis resepsi di sebelah pihak lelaki pula diadakan minggu hadapan secara besar-besaran di Melaka.

SUMBER: BH Online

×