Siti Nurhaliza Mahu Taja 20 Pasangan Buat Rawatan IVF

Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza mahu membantu mereka yang sudah lama berkahwin mendapatkan zuriat dengan menawarkan tajaan kepada 20 pasangan yang layak untuk mencuba kaedah persenyawaan in-vitro (IVF).

Menerusi perkongsian di Instagram, Siti berkata peluang yang dibuka menerusi Yayasan Nurjiwa itu memerlukan pasangan mendaftar di platform badan amal terbabit sebelum melalui tapisan awal.

BACA: Pelantikan Siti Nurhaliza Sebagai ‘Pakar UMCCed’ Cetus Perdebatan Netizen

“Assalamualaikum, saya ingin berkongsikan berita gembira kepada semua pasangan yang telah lama mendirikan rumah tangga dan sedang berusaha mendapatkan cahaya mata.

“Permohonan terhad kepada 20 pasangan sahaja. Selamat mencuba dan semoga impian anda semua jadi kenyataan,” katanya.

Perkongsian penyanyi nombor satu negara itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji usaha dilakukan itu. Malah, ramai yang menyifatkan Siti bukan saja berbakat tetapi sentiasa merendah diri dan membantu golongan memerlukan.

×