Pelakon Siti Elizad berkata dia memberi keizinan buat suaminya untuk berpoligami jika mahukan zuriat serta pernah mengutarakan pendapat mengenai berkahwin lain.
Memetik BH Online, Elizad berkata sudah 10 tahun mereka berusaha dan dia sedar dirinya tidak sempurna. Namun, Elizad berkata suaminya tidak mengejar ke arah itu kreana pernah mempunyai anak.
BACA: Siti Elizad Syukur 10 Tahun Kahwin Tak Pernah Dimarahi Suami
“Jujurnya, kalau kerana suami mahukan zuriat, saya izinkan. Tapi, sampai bila berada dalam tempoh poligami, saya tiada jawapan. Kalau tak mampu saya lepaskan sebab saya juga tak sempurna. Semua orang tahu saya sudah hampir 10 tahun berusaha, jadi kalau nak cakap soal zuriat, saya kalah.
“Suami tahu perjalanan saya, cuma kami tidak cerita saya pergi berubat seluruh Malaysia, duduk dalam tandas termenung. Orang tak nampak betapa berat perjalanan saya berusaha mendapatkan zuriat ini.
“Jadi, saya katakan kepada suami jika mahu kahwin lain sebab zuriat, saya okay. Saya pun makin berusia, tapi suami katakan dia pernah ada anak dan tidak kejar ke arah itu,” katanya.
Dalam pada itu, Elizad meluahkan rasa syukur meskipun tidak mempunyai zuriat, dia mempunyai suami sangat memahami dan tidak pernah dimarahi suami.
“Saya tak pernah dimarahi atau bergaduh besar dengan suami. Bila jumpa kawan-kawan, mereka kongsi gaduh dengan suami dan anak.
“Saya tak merasai perkara ini, jadi saya fikir mungkin Allah kurangkan perkara lain dan lebihkan dalam soal lain. Apa yang penting, kami bahagia, tak gaduh dan okay,” katanya.
SUMBER: BH Online