Susulan gurauan Datuk Rosyam Nor yang memberikan cadangan supaya berkahwin dengan Fattah Amin, pengarah terkenal Erma Fatima memberi kenyataan balas.
Menerusi video dikongsikan Datin Paduka Umie Aida, Erma berkata dia sudah tiada nafsu untuk berkahwin dengan mana-mana lelaki.
BACA: Rosyam Nor Gurau Beri Cadangan Fattah Amin Kahwin Dengan Erma Fatima
View this post on Instagram
“Nafsu saya sudah tertutup untuk berkahwin dengan mana-mana lelaki dalam dunia ini. Tak kisahlah lelaki itu ‘hot’ atau tidak. Harap maaf ya. Simpan sahaja niat baik kau Rosyam,” katanya.
Sebelum ini Rosyam mencadangkan Fattah untuk berkahwin dengan Erma serta bergurau mengatakan Erma Fatima adalah orang paling sesuai.
“Aku rasalah kan Fattah, orang yang paling sesuai dengan kau ialah Erma Fatima. Kau dah tak payah pening kepala sebab dia pun tak boleh beranak.
“Jadi kau tak payah nak hantar anak pergi sekolah ke apa. Lepas tu pula Umie Aida akan jadi adik ipar kau,” seloroh Rosyam.