Semalam, usahawa kosmetik Sajat atau nama sebenarnya meluahkan rasa berang menerima gambar ‘bukan-bukan’ daripada lelaki berstatus suami orang.

Kata Sajat lagi, perkara itu semakin menjadi-jadi jika dia tidak melayan mesej golongan lelaki berkenaan. Malah, Sajat sempat berpesan kepada isteri supaya periksa telefon suami masing-masing.

BACA: Sajat Berang Digoda Suami Orang

Nampaknya isu mengenai perkara itu masih belum berkesudahan apabila Sajat bengan apabila dirinya pula yang disalahkan sedangkan sudah suami mereka yang menghantar gambar tak senonoh kepadanya.

Sajat berkata dia mendedahkan perkara itu bukan untuk memalukan mana-mana pihak tetapi untuk memberi kesadaran serta mengelakkan perkara buruk terjadi.

Kata Sajat lagi, dia bukan tidak mahu menularkan suami orang yang menghantar gambar tidak senonoh kepadanya tetapi tiada gunanya dan tidak dapat duit pun berbuat demikian.

Dalam pada itu, Sajat berkata dia memahami perasan wanita jika mendapat tahu suami mereka curang kerana sifatnya juga wanita. Sementara itu, Sajat berkata dia tidak menuduh semua suami orang ‘buaya darat’, namun ada lelaki diluar sana yang mencari perempuan lain sedangkan ada isteri di rumah.

×