Lebih 10 tahun menjalin hubungan cinta dengan ahli perniagaan, pelakon dan penyanyi Zarina Zainoordin tidak mahu terlalu memikirkan mengenao soal kahwin.
Memetik HibGlam, Zarina berkata dia bimbang jika dia telalu memikirkan perkara itu akan memberikan tekanan sekaligus menyebabkan masalah kemurungan.
BACA: Tak Minat Artis, Zarina Zainoordin Akui Bercinta Dengan Duda Kaya
Menurut pelakon berusia 41 tahun itu, dia sememangnya mempunyai impian untuk bergelar isteri serta memohon doa yang baik-baik dari semua orang.
“Saya sudah 11 tahun bersama si dia (kekasih). Setakat ini saya tak curang, memang dengan dia sahaja. Doakan yang terbaik, saya memang nak kahwin, siapa tak nak. Semua bekas kekasih saya pun sudah berkahwin.
“Balik raya pun semua orang dah ada anak. Cumanya, jodoh saya belum sampai. Kalau fikir sangat boleh jadi murung,” katanya.
Sementara itu, Zarina berkata dia pernah berdepan situasi keluarga tidak berhenti bertanyakan soalan tentang perkahwinan sehinggakan ada suatu masa dia terus lari ke kereta.
“Nasib baik mak saya tidak paksa. Ada satu masa, ketika saya tengah makan keluarga tanya bila nak kahwin terus berubah air muka saya.
“Nak makan jadi tak boleh telan, terus lari masuk kereta. Selepas kejadian, mereka tidak tanya lagi dan semakin faham, alhamdulillah,” katanya.
Dalam pada itu, Zarina berkata dan kekasihnya yang juga ahli perniagaan berusia 53 tahun sudah berbincang mengenai masa depan bersama dan menunggu masa tepat untuk berkahwin.
“Bukan tidak mahu kahwin, saya ada tunggu juga. Kami pun ada berbincang, doakan yang baik-baik. Apa yang penting, saya tidak mahu susahkan mak, biar ada duit sendiri. Saya tidak mahu tak bekerja dan pergi susahkan mak,” katanya.
SUMBER: HibGlam