“Siapa Pakai Baju Melayu Dengan Sneakers Gua Rembat” – Joe Flizzow

Sudah menjadi kebiasaan setiap kali hari raya, pemakaian baju Melayu sudah menjadi tradisi sejak berzaman lagi. Namun, seiring dengan peredaran zaman ada yang menggayakan baju Melayi dengan memakai kasut sneakers.

Perkara itu mendapat perhatian penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow yang memberi pesanan kepada lelaki berusia 21 tahun ke atas tentang etika memakai baju Melayu.

BACA: Joe Flizzow Pantang Lelaki Pakai Baju Melayu Dengan Sneakers

Menerusi satu video dikongsikan di Instaragm Sneakerlah, Joe berkata gaya memakai baju Melayu bersama sneakers itu seperti budak-budak kecil.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by sneaker-LAH (@sneakerlah)

“Jika anda memakai baju melayu lengkap bersongkok, baju kancing, sampin, tolong jangan pakai dengan sneakers. Tolonglah jangan pakai dengan Jordan, Yeezy atau apa-apa. Tolong dan tolong. Itu untuk budak-budak kecil,” katanya.

Dalam pada itu, Joe sempat berseloroh mengatakan dia akan ‘merembat’ mereka yang berbuat demikian andai berjumpa.

“Kalau dah tua tolong pakai kasut, sepatu atau capal yang elok. Kalau tidak gua jumpa, gua rembat lu,” katanya.

Video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan pendapat penyanyi rap itu. Bagaimanapun, ada yang mengatakan ianya adalah hak masing-masing.

×