Pelawak Shuib dan isterinya Watie Hanifiah berkata mereka tidak merancang untuk segera memiliki cahaya mata sendiri selepas mendirikan rumah tangga.

Memetik mStar Online, Watie berkata Shuib meminta dia memberi tumpuan terlebih dahulu untuk menjaga empat cahaya mata hasil perkahwinannya dengan Allahyarham Siti Sarah.

BACA: Shuib Sah Bergelar Suami Watie Dengan Sekali Lafaz

“Dari awal lagi dia dah cakap untuk jadi suri rumah sepenuh masa. Jadi saa ambil keputusan untuk fokus besarkan anak-anak yang ada dahulu,” katanya.

Sementara iu, Shuib berkata dia tidak mahu isterinya sibuk bekerja sehingga tanggungjawab terhadap anak-anak terabai. Ujarnya, sementara waktu ini anak bongsunya dijaga oleh ibunya.

“Saya ada beberapa projek dan mungkin akan melibatkan isteri. Tetapi sepenuhnya dia harus beri fokus kepada keluarga. Saya tak mahu dia sibuk sampai anak-anak terabai. Uwais sekarang ni dah nak masuk usia remaja. Dia perlukan perhatian kedua ibu bapa,” katanya.

Difahamkan, pasangan itu memilih untuk berbulan madu di Pulau Langkawi sebelum bercuti bersama anak-anak di Turkiye.

×