Shuib Sertai Ubi Superstar Live, Netizen Suruh Buang Nama Sepahtu?

Baru-baru ini, pelawak Shuib Sepahtu mengumumkan tampil dalam program program sketsa komedi terbitan Astro iaitu Ubi Superstar Live.

Difahamkan, kumpulan Ubi yang dianggotai Fad, Sharif Zero dan Namie akan turut diserikan dengan kehadiran pelawak Ajak dan Shuib.

BACA: “InsyaAllah Kami Ada Perancangan Untuk Kahwin” – Shuib

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Pengumuman Shuib itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang seolah kurang senang apabila dia terlibat dalam program lain dan bukan bersama Sepahtu.

Dalam pada itu, ada yang meluahkan rasa kecewa dan ada diantara yang meminta agar Shuib tidak lagi menggunakan nama Sepahtu.

Bagaimanapun, ada yang yang berharap Shuib akan buat comeback bersama Sepahtu namun mungkin belum rezeki lagi.

Terdahulu, Jep Sepahtu meminta peminat berhenti mempersoalkan mengapa kumpulan Sepahtu tidak kembali bersatu semula. 

Ujarnya, setiap ahli kumpulan sudah membawa haluan masing-masing sekaligus menjadikan faktor mereka tidak lagi bersama.

×