Pelawak dan usahawan Shuib mendedahkan arwah isterinya Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pernah disihir.
Perkara itu dikongsikan oleh Shuib meneisi temu bual Dol’s Podcast bersama tetamu jemputan, pendakwah bebas Datuk Ustaz Kazim Elias.
BACA: Shuib Mohon Maaf, Mengaku Silap Buka Aib Sendiri
Menurut Shuib lagi, sepanjang perkahwinan dia sering melihat arwah isterinya itu diganggu oleh makhluk halus dan dirasuk sehingga berubah menjadi seperti harimau.
“Sebenarnya banyak kali saya lalui keadaan yang mencemaskan, dirasuk.
“Paling teruk adalah ketika Sarah bertukar seperti harimau, gaya harimau dan dia jilat kaki,” katanya.
Sementara itu, Shuib turut berkongsikan dia mula menyedari arwah isterinya itu bersikap aneh ketika diawal perkahwinan mereka lagi.
“Minggu pertama saya berkahwin dengan dia, tiba-tiba saya terdengar dia mendengus seperti harimau,” katanya.
Dalam pada itu, semasa bertanding dalam satu program realiti, arwah Sarah juga pernah merasakan dirinya seperti disihir dan pengsan sebaik sana selesai membuat persembahan.
“Ada satu minggu di Gegar Vaganza, saya duduk di belakang pentas. Selepas selesai persembahan, dia pusing dan jalan ke arah saya sambil dia panggil ‘daddy’ kemudian dia terus tumbang.
“Sebenarnya pada malam itu, dia tak ada pada segment terakhir sebab saya dah bergegas bawa dia pergi dapatkan rawatan.
“Dia cakap dia rasa dia disihir. Pernah dia naik atas pentas dan rasa orang bencikan dia, persembahan tak best,” katanya.