Shuib Berjaya Bayar Sebahagian Hutang, Tidak Lagi Cecah Puluhan Juta

Pelawak Shuib Sepahtu meluahkan rasa syukur berjaya membayar sebahagian hutangnya dalam tempoh dua bulan dan kini hutangnya semakin berkurang.

Memetik mStar Online, Shuib berkata hutang puluhan juta yang ditanggung itu adalah perkara biasa kerana perniagaannya itu berskala besar.

BACA: “Rindu Nak Berjenaka Dengan Kawan Kita” – Shuib Akui Jep Pasangan Terbaik 

“Alhamdulillah hutang dah semakin berkurang, tak sampai puluhan juta seperti sebelum ini. Saya percaya apabila buat perniagaan bernilai jutaan ringgit, hutangnya pun begitu juga,” katanya.

Sementara itu, Shuib turut berkongsikan setiap bulan dia akan bertemu dengan agensi kerajaan untuk berbincang cara terbaik untuk menyelesaikan hutang berkenaan.

Dalam pada itu, Shuib melihat perkembangan perniagaannya semakin baik dan dia tidak akan lari daripada tanggungjawab dan akan selesaikan hutang-hutang berkenaan.

“Jangan risau saya akan berusaha selesaikan dan percaya Allah akan bantu dan permudah urusan saya,” katanya.

Difahamkan selain pihak bank, hutang Shuib turut membabitkan beberapa agensi kerajaan termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Perkeso, LHDN dan Jabatan Kastam diraja Malaysia.

SUMBER: mStar online

×