Pelawak Shuib dan isterinya Watie Hanifiah dikhabarkan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Memetik Harian Metro, sumber bagaimanapun enggan berkongsi lanjut mengenai kehamilan Watie serta meminta orang ramai menantikan pengumuman dari pasangan itu.
BACA: Shuib Berjaya Bayar Sebahagian Hutang, Tidak Lagi Cecah Puluhan Juta
“Nantikan saja pengumuman mereka. Insya-Allah ada berita gembira yang akan dikongsikan,” katanya.
Baru-baru ini, perkongsian Watie menjadi perhatian ramai apabila ada yang mengatakan kelihatan ‘baby bump’ pada perutnya.
Diruangan komen, ada beberapa netizen mengatakan mereka seolah ternampak baby bump pada perut Watie, namun tiada jawapan balas daripada isteri Shuib itu.
Untuk rekod, Shuib mendirikan rumah tangga dengan Watie pada 23 Jun 2023.
Terdahulu, Shuib berkahwin dengan Allahyarham Siti Sarah namun penyanyi itu meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.
Pasangan itu kurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 13, Dzahira Talita Zahra, 11, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan kini berusia 4 tahun.
SUMBER: Harian Metro