Show Hampir Setiap Hari, Mimifly Ada Lebih 8 Ulser Di Tekak

Penyanyi Mimifly berkongsikan berikutan undangan persembahan hampir setiap hari membuatkan dirinya kurang rehat sehingga memberi kesan pada tahap kesihatannya.

Memetik BH Online, bagaimanapun Mimi meluahkan rasa syukur atas sambutan luar biasa terhadap dua lagu nyanyiannya iaitu Angkat dan Serumpun.

BACA: Suara Merdu Baca Al-Quran, Rupanya Mimi Fly Pernah Sertai Pertandingan Tilawah

“Akibat memakan makanan terlalu berasid, stres dan tidak cukup tidur, saya berhadapan dengan ‘acid reflux’, ia seperti gastrik. Sekarang, ada lebih lapan ulser di tekak saya.

“Saya tak sempat rehat sebab banyak ‘show’. Takkan nak merungut, tapi jujurnya saya tidak ‘stop’ sejak lagu Angkat keluar sejak Januari lalu. Setiap hari, ada sahaja undangan persembahan, hari ini sahaja ada empat. Jadi, saya terpaksa minta maaf ketika buat persembahan, tapi keadaan kesihatan saya bertambah baik,” katanya.

Sementara itu, Mimi yang juga bekas anggota kumpulan One Nation Emcees mengakui ini pertama kali dia menerima undangan persembahan tanpa putus-putus dan ini perkara yang dia rindukan selepas empat tahun menyepi.

“One Nation Emcees pernah menerima sambutan sebegini ketika lagu Anak Kampung, tapi itu bersama kumpulan, sekarang saya seorang.

“Saya rasa ini semua rezeki, saya tak mahu merungut sebab ini semua saya yang minta. Tidaklah mahu cakap penat sebab saya suka buat persembahan, ia suatu yang saya rindukan sepanjang empat tahun menyepi.

“Saya memang seronok, hari-hari pun saya sanggup. Ini juga pengalaman dan perjalanan yang saya belajar,” katanya.

SUMBER: BH Online

×