Penyanyi Shima mengejutkan ramai apabila tampil tidak bertudung menerusi satu perkongsian video di TikTok miliknya baru-baru ini.
Menerusi video dikongsikan, Shima yang dilihat tampil dengan imej berambut pendek memohon peminat mengikuti akaun media sosial miliknya. Malah, Shima turut mengesahkan apabila ditanya peminat adakah dia sudah free hair.
BACA: Jual Semua Baju Seksi, Shima Kini Bertudung Litup
@shima.teringin ? original sound – Shima Teringin Official – Shima Teringin Official
Memetik mStar Online, Shima berkatasudah lebih tidak tahun dia tidak mengenakan hijab atas faktor kesihatan dan sudah mendapatkan nasihat doktor serta berbincang dengan suaminya.
“Sudah lama tak pakai tudung tapi disebabkan kehidupan saya agak private jadi orang tak tahu. Saya selalu berdepan migrain, jadi saya tak boleh kena panas sebab ada alasan.
“Selepas dapatkan nashat dari doktor dan berbincang dengan suami, saya buat keputusan untuk buka tudung. Bukan suka-saka saya buka,” katanya.
Sementara itu, Shima berkata dia berlapang dada menerima komen dan kutukan darpada netizen kerana mereka tidak tahu cerita sebenar.
“Ramai yang mengutuk tapi saya abaikan saja. Kutuklah selagi mahu, saya terima saja sebab mereka tak tahu hujung pangkal. Terpulang kepada mereka nak cakap apa itu antara mereka dengan Tuhan,” katanya.
SUMBER: mStar Online