Shila Amzah Umum Sertai Pertandingan Singing With The Legends Di China

Penyanyi Shila Amzah berkongsi rasa terujanya apabila bakal bertanding dalam sebuah pertandingan nyanyian di China iaitu ‘Singing With Legends’ musim keenam.

Menerusi perkongsian di Instagram, Shila turut memohon orang ramai mendoakan kejayaan buat dirinya dan dipermudahkan perjalannya sepanjang penglibatannya dalam program nyanyian berkenaan.

BACA: Shila Amzah Pelik Tercalon Top 20 Artis Sensasi Popular ABPBH

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shila Amzah ?? (@shahilaamzah)

“Assalamualaikum semua, saya akan bertanding di China untuk program ‘Singing With Legends’ musim keenam yang akan berlangsung tak lama lagi. Doakan kejayaan saya dan semoga dilancarkan perjalanan baharu ini,” tulisnya.

Sementara itu, Shila turut berkongsikan pengikutnya boleh mengikuti  perkembangannya dalam pertandingan itu menerusi platform di YouTube.

“Buat yang tanya kat mana nak tengok program ini, korang search ja ‘Singing With Lgends S6’ di YouTube, nanti keluar lah semua episod. Tapi episod saya punya belum lagi, sabar kejap ya dan beri semangat,” tulisnya.

×