Pempengaruh media sosial, Ubai MZ sebentar tadi berkongsikan berita gembira isterinya yang juga penyanyi Shila Amzah kini hamil anak kedua.
Menerusi video dikongsikan, Ubai dan Shila berkata ada sebab mengapa mereka baru umumkan mengenai kehamilan tersebut.
BACA: Bekas Suami Tak Jenguk Anak? Ini Jawapan Shila Amzah
View this post on Instagram
“2024 kami buka dengan satu perkhabaran. Ada sebab kenapa kami baru bagitahu sekarang, untuk pastikan kandungan smooth (betul-betul kuat)
“Terima kasih yang terus mendoakan kami, semoga kandungan ini selamat dan dipermudahkan segalanya,” katanya.
Dalam video tersebut, turut dikongsikan reaksi daripada rakan-rakan yang menerima perkhabaran gembira itu. Diruangan komen, rata-rata netizen tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah serta dipermudahkan urusan sepanjang kehamilan.
Untuk rekod, Shila dan Ubai mendirikan rumah tangga pada 4 Ogos lalu dalam sebuah majlis yang diadakan di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur.