Umum mengetahui, baru-baru ini penyanyi Shila Amzah baru saja melangsungkan Konsert Jelajah Journey To The Future di Plenary Hall, KLCC.
Difahamkan, konsert tersebut diadakan selama dua jam menampilkan 40 buah lagu yang dinyanyikan oleh Shila secara ‘medley’.
BACA: Gaya Rambut Kekasih Dikritik, Shila Amzah Bawa Ubai Buat ‘Make Over’
Namun, sebaik sahaja selesai konsert berkenaan Shila dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan diserang asma dan menerima rawatan nebulizer serta drip.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Shila memuat naik emoji menangis serta memperlihatkan penyanyi itu masih dalam keadaan bersolek.
Sementara itu, kekasihnya iaitu pempengaruh media sosial, Ubai turut menemani Shila ketika menerima rawatan di hospital.