Shila Amzah Perlu Masa Untuk Terima Ibu Tiri

Penyanyi Shila Amzah berkata dia memerlukan masa dan ruang untuk menerima ibu tiri dalam hidupnya memandangkan wanita itu merupakan kawan lamanya satu ketika dahulu.

Memetik mStar Online, Shila berkata hubungannya dengan bapa tiada masalah selepas apa yang berlaku, malah akan berbuka puasa bersama hujung minggu ini.

BACA: Shila Amzah Dedah Pernah Tolak Gelaran Datuk Lebih Sekali

“Kami (Shila dan ibu tiri) belum pernah berhubung lagi dan saya tak bersedia lagi. Kalau dengan ayah sudah tentu berhubung. Dia pun selalu hubungi saya.

“Hubungan anak beranak pergi ke mana pun tak akan putus keraana ia tidak melibatkan sesuatu perkara yang teruk sangat hingga buatkan tak boleh bersama kembali. Saya dan ayah akan berbuka puasa bersama hujung minggu ini,” katanya.

Sementara itu, Shila mengakui masih terkejut dengan pilihan baru bapanya itu namun berlapang dada menerima takdir ibu bapanya kini bahagia dengan pilihan masing-masing.

“Saya okay sebab cinta itu tak boleh dipaksa, kalau ibu bapa tak bahagia kenapa nak paksa demi anak-anak. Biarlah masing-masing cari bahagia mereka. Cuma saya terkejut dengan siapa pilihannya,” katanya.

Dalam pada itu, Shila berkata dia mempunyai banyak momen bersama ibu tiri selepas melihat gambar mereka bersama dimana ketika itu dia mahu mencari gambarnya di China.

“Gambar dia masih ada sebab terlalu banyak, saya ada lebih 50,000 foto. Saya nak cari gambar saya di China dan ternampak gambar dengannya,” katanya.

Terdahulu hangat diperkatakan mengenai khabar angin mendakwa Datuk ND Lala berkahwin secara rahsia dengan wanita yang jauh lebih muda daripadanya sebagai isteri kedua dipercayai sahabat Shila sejak dari sekolah lagi.

SUMBER: mStar Online

×