Sharnaaz Ahmad Bengang Dengan Iman Troye

Baru-baru ini, penyanyi baru Iman Troye dikecam teruk oleh netizen susulan perkongsiannya seolah meraikan bilangan kes Covid-19 mencecah 7,000.

Bukan sahaja dikritik oleh netizen, pelakon Sharnaaz Ahmad turut tampil memberi amaran kepada penyanyi itu supaya tidak bergurau mengenai perkara itu apatah lagi ramai yang sedang bertarung nyawa.

BACA: Raikan Kes Covid-19 Hampir 7,000, Iman Troye Dikecam Tak Sensitif

“Bila hang petik esok harap 7k bagi aku simple ja. Dalam 7k tu ada mak ayah orang yang tengah bertarung nyawa dan ada yang meninggal. Fikir lah wahai Iman Toye apa taktau nama hang,” tulisnya.

Sementara itu, menerusi satu perkongsian di Insta Story Sharnaaz meluahkan rasa bengang dengan tindakan Iman itu yang disifatkan kurang bijak sehingga semua artis dihentam oleh netizen.

Sejak semalam, hasil tinjauan mendapati akaun Twitter Iman tiada lagi dalam carian, mungkin sudah dinyahaktifkan selepas dikecam hebat oleh netizen

×