Sharnaaz Ahmad Bantu Kelab Peminat Undi Untuk Menang ABPBH

Pelakon dan pengarah, Sharnaaz Ahmad akan turun padang untuk membantu kelab peminatnya, Sharnaaz Ahmad Familia demi meraih kemenangan didalam Anugerah Bintang Popular BH ke-29 (ABPBH 29).

BACA: Sharnaaz Ahmad Tidak Mahu Tekanan Dalam Soal Jodoh

“Hampir setiap tahun nama saya dicalonkan dalam ABPBH, tetapi belum pernah menang. Memandangkan pada tahun ini saya mendapat tiga pencalonan, takkan satu pun tak sangkut bukan?”

“Saya akan memastikan sekurang-kurangnya mendapat satu anugerah daripada tiga pencalonan kali ini. Kalau mendapat lebih daripada itu pun, apa salahnya (sambil ketawa). Yang penting, saya akan berganding bahu membantu kelab peminat untuk mengundi sebanyak yang mungkin,” jelasnya kepada BH Online.

Di dalam anugerah penuh gemilang yang akan berlangsung pada 8 Mei ini, Sharnaaz telah tercalon dalam tiga kategori utama iaitu, Pelakon Filem Lelaki Popular dan Pelakon TV Lelaki Popular serta kategori Online. (rkty/w)

×