Sharifah Sakinah Sah Dah Kahwin Minggu Lalu

Pelakon, Sharifah Sakinah mengesahkan dia sudah berkahwin dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan artis terdekat, minggu lalu.

Memetik Harian Metro, ianya adalah perkahwinan ketiga Sakinah selepas bercerai bekas suaminya yang berasal dari Sweden iaitu Michael Hansen pada penghujung 2023.

BACA: Sharifah Sakinah Mohon Maaf Dukung Anak Anjing

Sakinah bagaimanapun memohon maaf tidak dapat mendedahkan identiti suaminya yang sudah dikenalinya empat tahun lalu serta menunggu masa sesuai untuk kongsikan berita baik itu.

“Ya, kami sudah berkahwin minggu lalu. Tapi, saya mohon maaf kerana tidak dapat dedahkan identiti suami kerana alasan peribadi.

“Saya juga mencari masa yang sesuai untuk berkongsi berita baik ini kepada semua termasuk pihak media,” katanya.

Terdahulu, Sakinah pernah berkahwin dengan juruterbang, Aliff Adha pada 2015, namun bercerai lima tahun kemudian. Pasangan itu dikurniakan anak perempuan, Anais Adha.

SUMBER: Harian Metro

×