Shakilla Khoriri Selamat Bergelar Isteri

Tahniah diucapkan buat pelakon Shakilla Khoriri selamat bergelar isteri dengan lelaki pilihan hatinya dikenali sebagai Farid pagi tadi.

Difahamkan, majlis pernikahan Shakilla diadakan secara tertutup di sebuah lokasi di Shah Alam, Selangor.

BACA: Shakilla Khoriri Nikah Esok? 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ?????? ?????? (@ramonazamzam)

Rakan artis yang hadir pada majlis tersebut iaitu Ramona Zam Zam dilihat ada berkongsikan gambar bersama pengantin di Instagram.

Malah, bekas isteri kepada Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada turut berkongsikan momen di majlis tersebut dan mengucapkan tahniah buat pengantin.

Semalam sumber memaklumkan Shakilla bakal bernikah hari ini namun perkara itu tidak didedahkan kepada umum.

×