Baru-baru ini perkongsian video pelakon Shakilla Khoriri dan bekas suaminya, Fizi Ali menyambut hari jadi anak mereka menjadi perhatian ramai.
Meskipun sudah berpisah, kedua-duanya tetap profesional untuk meluangkan masa bersama anak mereka. Shakilla akui bukan mudah untuk berkumpul semula sebagai keluarga namun apa yang dilakukannya itu demi anak mereka, Ameena Sofia.
BACA: Tiga Tahun Kahwin, Fizi Ali & Shakilla Khoriri Bercerai
“Saya akan buat apa saja untuk bahagiakan Ameena. Tak kisah la hari lahir dia atau apa saja, kami akan cuba bersama. Mungkin benda ini akan menyakitkan saya atau Fizi.
“Sebab mamam kumpul semula kenanga. Saya tak kisah sebab antara kami dah berakhir. Macam mana kami ibu bapa Ameena dah sebulat suara untuk beri kasih sayang pada Ameena.
“Memang sakit nak melalui sebab banyak momen bersama dan kena wujudkan demi Ameena. Semua kekuatan untuk buat semua ini saya dapat daripada Ameena,” katanya.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Shakilla berkata dia menerima baik doa netizen yang mahu melihat dia dan Fizi bersatu kembali, namun dia reda dengan takdir serta aturan yang ditentukan Allah.
“Saya hanya mampu aminkan saja doa orang yang berharap kami kembali bersama. Setiap hari saya berdoa saya atau Fizi menemukan sesuatu yang lebih baik dari apa yang kami lalui.
“Kalau ditakdirkan Fizi yang terbaik untuk saya dan Ameena, Allah akan makbulkan tapi kalau Allah kata hubungan kami cukup sampai disitu, hanya takdir untuk berkahwin, itu pun saya terima.
“Saya percaya aturan Allah sangat cantik dan baik. Kita yang baik, Allah akan beri yang baik. Saya percaya ALlah akan beri sinar kepada saya dan Fizi,” katanya.
Terdahulu, Fizi dan Shakilla mengumumkan perceraian mereka pada Disember 2021. Pasangan itu berkahwin pada Februari 2018 dan mempunyai seorang cahaya mata, Ameena Sofia kini berusia 3 tahun.