Pelawak Shahrol Shiro membuat laporan polis berhubung perkongsian yang dimuat naik pelawak Harith Iskander di media sosial.
Menerusi perkongsian di Instagram sebentar tadi, Shahrol ada memuat naik gambar laporan polis yang dibuat terhadap Harith serta seorang lagi individu bernama Cecella Yap Song KL.
BACA: “Kalau Sunyi Saya Boleh Telefon Bekas Isteri” – Harith Iskander
View this post on Instagram
Dalam laporan polis yang dibuat, Shahrol menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan susulan hantaran Harith dan komen individu berkenaan didakwa menghina agama Islam dan Nabi Muhammad.
Sebelum itu, Shahrol dilihat ada memuat naik perkongsian meluahkan rasa kesal dengan hantaran Harith itu yang didakwa membuka ruang kepada netizen mempersendakan agama Islam.
View this post on Instagram
“Sebagai pelawak tidak semua sudut pandang boleh dijadikan bahan lawak kita. Adakala kita patut lebih sensitif lebih lagi melibatkan agama kita.
“Apabila saudara Harith Iskander membuka ruang agama dijadikan satu bahan yang boleh dipersenda maka pengikut juga akan ikut serta dengan meninggalkan komentar mempersenda agama kita. Perkara ini sudah melampau dan satu laporan polis akan dibuat mengenai perkara ini,” katanya.
SUMBER: Sinar Harian