Ibadah korban adalah sunat muakkad iaitu sunat yang dituntut. Diberitakan, Nabi Muhammad SAW tidak pernah ketinggalan dalam melaksanakan ibadah korban setiap tahun. Meskipun hanya seekor kambing.

Dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat berkaitan ibadah korban, dan antaranya firman Allah S.W.T. dalam surah al-Kautsar ayat 2 yang bermaksud;

Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah (qurban) sebagai (tanda) bersyukur”.

Ibadah korban adalah tanda kita bersyukur atas rezeki yang Allah kurniakan kepada kita. Dalam melaksanakan ibadah korban, jangan dilupakan 4 tips ini untuk jadikan ibadah korban kita ibadah yang sempurna.

1. Melaksanakan Ibadah Korban Dengan Berilmu

Ibadah korban di Syria

Setiap daripada kita yang melaksanakan ibadah korban wajib untuk mengetahui sejarah amalan yang kita laksanakan khususnya ibadah korban yang kita sedia maklum ia adalah ibadah yang menunjukkan ketaatan kepada Allah SWT.

2. Laksanakan Ibadah Korban Mengikut Masa Tertentu

Agihan daging korban di Palestin

Pelaksanaan ibadah korban tidak akan sempurna sekiranya kita tidak melaksanakannya dalam hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Maka untuk menjadikannya sah dan sempurna, tarikh-tarikh tersebut adalah masa untuk melaksanakan ibadah korban.

3. Memasang Niat Ibadah Korban Yang Betul

Situasi ibadah korban di Yaman

Bagi peserta ibadah korban, pastikan untuk berniat dengan niat yang utama iaitu melaksanakan ibadah korban kerana Allah SWT. Sekiranya niat tidak betul, kesempurnaan ibadah korban tidak akan dikecapi dan kemanisannya tidak akan dapat dirasai.

4. Pemilihan Haiwan Sembelihan Yang Baik & Berkualiti

Haiwan korban di Malaysia

Pemilihan haiwan sembelihan adalah sangat dititikberatkan sebelum ibadah korban dilakukan. Salah satunya, baka yang baik, dan umur yang cukup serta penjagaan yang baik akan diberi tumpuan.

Bagi anda yang ingin melakukan ibadah korban pada masa kini, dah tak perlu khuatir lagi memikir bab ini. Serahkan saja kepada Aman Palestin kerana perkara sebegini sangat diberi perhatian.

Pemilihan ini bagi memastikan peserta ibadah korban berpuas hati dengan ibadah yang dilaksanakan dan penerima manfaat dapat menerima daging yang berkualiti buat santapan mereka.

Jangan tak tahu Aman Palestin kini melancarkan kempen Ibadah Korban di Bumi Anbia sempena sambutan Aidil Adha pada tahun ini.

Program seperti ini juga dapat memberi ruang kepada masyarakat Islam di Malaysia untuk melaksanakan ibadah korban di luar negara, khususnya di Palestin, Syria dan Yaman.

4 Kaedah Mengikut Kemampuan

16 tahun pengalaman menjalankan ibadah korban di Bumi Anbia, bukanlah salah satu jangka masa yang singkat. Jadi tak hairanlah sekiranya 4 kaedah ini disediakan oleh Aman Palestin demi untuk mengikut kemampuan rakyat Malaysia.

Bagi pakej Palestin, satu bahagian lembu atau seekor kambing ditawarkan pada harga RM2,300, manakala di Syria (RM1,900), pakej sejuk beku khusus di Palestin dan Syria (RM750); seekor kambing di Yaman (RM700).

Pelbagai pilihan yang diberikan oleh Aman Palestin kepada rakyat Malaysia yang ingin melakukan ibadah korban menjelang bulan mulia ini. Jangan lupa untuk terus klik DI SINI untuk merasai pengalaman melaksanakan ibadah korban di luar negara.

Selain itu, anda juga boleh menderma ke tabung sumbangan Aman Palestin di https://jommenyumbang.com/ms/home . Melalui pautan ini anda boleh memilih untuk menyumbang pada kempen pilihan anda seperti Bread For Love, Jom Taja, Sumbangan Bulanan, Saham Pelaburan Akhirat dan Bantuan Musim Sejuk.

Maklumat lanjut layari Facebook, Twitter dan Instagram Aman Palestin.

×