Senario Tak Tahu Mana Yasin Hilang, Hanya Berhubung Soal Kerja

Sudah lama tidak muncul bersama, anggota kumpulan Senario tidak mengetahui keberadaan salah seorang ahli mereka iaitu Yasin.

Memetik mStar Online, Wahid berkata mereka hanya berhubung apabila mempunyai hal kerja tambahan pula dia menetap di Ipoh, Perak.

BACA: Senario Sepakat Serah Trofi ‘Artis Komedi Popular’ Kepada Keluarga Arwah Hamdan

“Saya sendiri pun tak tahu apa-apa sebab saya duduk di Ipoh manakala yang lain di Kuala Lumpur.

“Saya memang tak tahu dia berada di mana, kami kalau berhubung pun jika ada perkara membabitkan kerja,” katanya.

Menurut Wahid lagi, Senario biasanya akan berhubung melalui WhatsApp jika ada urusan kerja dan undangan persembahan.

Sementara itu, memetik Harian Metro, Wahid beranggapan mungkin Yassin ketika ini mempunyai banyak duit dan memilih untuk berehat sahaja.

“Jadi, bila kerja sekali dan melepak pun sekali, itu yang jadi masalah. Kami kekal dengan apa yang ada.

“Berkenaan hal Yassin, mungkin dia banyak duit dan duduk diam, manakala kami tetap pergi ‘show’ (persembahan),” katanya.

Baru-baru ini media melaporkan seorang pelawak terkenal sedang menjalani hukuman penjara selama enam bulan kerana memiliki ganja di Jeddah, Arab Saudi.

Susulan berita itu ada yang mengaitkan pelawak yang ditahan itu dengan Yasin selepas jarang dilihat bersama Senario.

SUMBER: mStar Online, Harian Metro

×