Perkongsian pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona menjadi perhatian ramai apabila meluahkan mengenai masalah yang sedang dihadapinya.
Menerusi perkongsian di TikTok, Leona berkata semua lelaki yang dia bertemu janji dilabel seperti sampah.
BACA: Leona Minta Bapa Doakan Dapat Jodoh Terbaik Di 10 Malam Akhir Ramadan
@leonathe2nd can the good guys out there pls make ur way to me like im so tired of dating
“Tahu tak apa masalah yang sedang saya hadap? Semua lelaki yang saya date, mereka seperti sampah dan saya pun rasa mahu berhenti berdating.
“Tapi kalau saya berhenti dating, macam mana saya nak kahwin? Adakah saya patut single saja dan tak perlu kahwin?” katanya.
Sementara itu, Leona berkata dia serius untuk mendirikan rumah tangga pada tahun ini dan baru saja menamatkan pengajian.
Katanya lagi, dia tidak kisah mengenai rupa paras, namun apa yang dia perlu lakukan jika personaliti seseorang itu lebih teruk daripada rupa mereka.
“Saya akan bergraduasi dan tamat pengajian. Saya sangat serius untuk berkahwin tahun ini. Saya tak kisah sangat tentang rupa paras rapi apa yang saya patut buat bila personaliti lagi teruk dari rupa. Dahlah muka tak comel sangat, personaliti sampah. Macam itu standard lelaki sekarang.
“Jadi saya fikir tak perlu date dan perbaiki diri sendiri je, tapi kalau tak pergi datang macam mana saya nak jumpa jodoh? Mak saya kata, saya kena berusaha mencari lelaki yang terbaik,” katanya.