Umum mengetahui, nama pempengaruh media sosial Abang Tesla menjadi perhatian ramai apabila mendedahkan mengenai poligami sekaligus diperkatakan ramai.

Terbaru, Abang Tesla dilihat ada memuat naik video bertanyakan kepada seorang ustaz mengenai nafkah batin iaitu perasaan serta hati seorang isteri.

BACA: Abang Tesla Puji Isteri Pertama, Banyak Mengalah Jaga Aib Suami

@abg.tesla

Semua saya dah bagi lengkap. Adakah berdosa saya jika isteri tidak redha dan masih makan hati?? jom kita tanya ustaz @NH Holidays travel & tours #abgtesla

? original sound – ABG.TESLA – ABG.TESLA

Katanya lagi, dia sudah menyediakan nafkah secukupnya serta menjalankan tanggungjawab sebagai suami dengan baik.

“Orang sering persoalkan soal hati, untuk terima mungkin isteri akan sedih. Soal hati ini termasuk dalam nafkah batin. Adakah berdosa saya?” soalnya.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berpendapat lelaki yang berpoligami dari segi kewangan namun belum tentu adil dalam menjaga perasaan para isteri.

Sementara itu, ada yang mengatakan untuk menjaga perasaan seorang isteri pun sukar apatah lagi lebih dari satu isteri.

Dalam pada itu, ada yang mendoakan agar dipermudahkan urusan rumah tangga pempengaruh itu bersama dua isterinya.

×