Menerusi satu perkongsian di Instagram, penyanyi Elyana berkata dia menerima banyak tudung yang dihadiahkan oleh Allahyarham Siti Sarah seleaps dia membuat keputusan berhijab pada Jun lalu.
Dalam entri tersebut, Elyana memberitahu tudung warna mereah yang dipakainya itu juga merupakan salah satu yang dihadiahkan daripada arwah Siti Sarah.
BACA: Elyana Mohon Doa Bakal Jalani Radioterapi Bahagian Hati, Pinggul
View this post on Instagram
“Assalamualaikum. Hari ini saya pakai tudung pemberian arwah Siti Sarah. Banyak sangat tudung awak beri untuk saya.
“Alhamdulillah sekarang saya sudah pun bertudung. Jadi bolehlah pakai tudung yang awak bagi setiap hari. Semoga bermanfaat untuk awak dan juga saya. Saya sayang awak. Terima kasih Sarah,” tulisnya.
Dalam pada itu, Elyana turut berkongsikan kenangannya bersama Sarah sepanjang karier nyanyian mereka bersama-sama. Ujarnya, Sarah seorang rakan yang tidak pernah lupa bertanya khabar.
“Awak meninggalkan memori yang indah sepanjang perkenalan. Kita sama-sama membesar dalam industri dari remaja, sampailah berumah tangga.
“Awak masih tidak lupa untuk mencari saya dan bertanya khabar. Saya jual kuih, awak beli. Awak sangat menyokong saya. Sudahlan comel, pandai nyanyi dan baik hati pula,” katanya.