Pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah berkongsikan berita gembira mengumukan kehamilan cahaya mata keempat menerusi satu video dimuat naik di TikTok.

Dalam video dikongsikan itu, Aisyah turut menunjukkan ujian alat kehamilan yang mengesahkan kehamilannya serta reaksi suami, Alif Teega serta anak-anak di atas berita tersebut.

BACA: Hanya Insan Biasa, Aisyah Hijanah Minta Jangan Panggil Ustazah

@aisyahhijanah

Doakan agar Allah pelihara keluarga kecil kami ??

? suara asli – eka – eka

Dapat dilihat pada awalnya Alif dilihat terkejut mendengar perkhabaran tersebut namun kemudian tersenyum mendapat tahu bakal menimang anak keempat.

Perkongsian Aisyah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut terkejut serta ada yang bertanyakan bila pula pasangan itu menimang cahaya mata ketiga.

Tahun lalu, hangat diperkatakan apabila Aisyah telah memfailkan cerai terhadap suaminya serta memohon orang ramai mendoakan agar dipermudahkan urusan kerana ujian dilaluinya kini sangat berat.

Bagaimanapun, Alif mengakui terkejut dan tidak mengetahui perkara tersebut kerana sibuk menguruskan perniagaan dan isu berkenaan sepi sahaja.

×