Sejak petang tadi hangat diperkatakan apabila pelakon Hafidz Roshdi didakwa menceraikan isterinya, Nurul Shuhada dengan talak satu bersaksikan keluarga.
Memetik mStar Online, adik kepada Shuhada mahu dikenali sebagai Sofia mengesahkan Hafidz melafazkan cerai melalui panggilan telefon di hadapan ahli keluarga.
BACA: “Moga Allah Gantikan Dengan Nikmat Yang Tak Disangka Buatku & Anak” – Shuhada
Menurutnya lagi, kakaknya kini berada di rumah keluarga di Perlis manakala Hafidz berada di Shah Alam.
“Memang betul semalam (Rabu) Hafidz dah lafazkan cerai talak satu kepada kakak saya melalui telefon di hadapan semua ahli keluarga masing-masing.
“Atas persetujuan keluarga untuk berpisah. InshaAllah, Shuhada akan memfailkan cerai di mahkamah di Kuala Lumpur nanti,”katanya.
Untuk rekod, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Shuhada pada 30 April 2016. Pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, kini berusia tiga tahun.