Sempena ulang tahun kelahiran keempat anak perempuannya, Nur Fatima Aisya hari ini, perkongsian pelakon Fattah Amin di Instagram mengundang sebak ramai.
Menerusi perkongsian itu, Fattah mendoakan Fatima menjadi seorang anak yang baik dan sentiasa dijaga Allah serta meluahkan rasa rindu.
BACA: Fattah Amin Kongsi Gambar Terakhir Fazura & Anak Undang Sebak
View this post on Instagram
Dalam hantaran itu, Fattah turut memuat naik video memaparkan dia lagu kanak-kanak The Finger Family bersama Fatima.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan agar Fattah dan isterinya, Fazura dapat diselamatkan.
Pada 13 September lalu, industri hiburan dikejutkan dengan berita pelakon Nur Fazura memfailkan perceraian terhadap suaminya, Fattah Amin.
Bagaimanapun, pada prosiding pertama kes perceraian mereka 25 September lalu, Fattah tidak bersetuju untuk melafazkan talak terhadap Fazura.