fbpx

“Selagi Janda-Janda Saya Tak Kahwin, Saya Takkan Kahwin” 

Usahawan, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red berkata dia kini dalam keadaan standby jika kedua-dua isterinya iaitu Sharifah Nur Shafila dan Adira Suhaimi mahu kembali rujuk semula.

Memetik mStar Online, Dato Red berkata dia tidak akan berkahwin selagi kedua-dua bekas isteirnya itu belum berkahwin lagi.

BACA: “Memang Tidak Ada Sinar” – Adira Dah Move On Dari Datuk Red

“Selagi janda saya tak kahwin, selagi itu saya tak kahwin. Maknanya saya dalam mode ‘standby’, saya sentiasa menunggu tawaran mereka tapi kalau mereka berkahwin lain..nak buat apa lagi?” katanya.

Sementara itu, Datuk Red berkata dia niat untuk kembali berkahwin bukan kerana nafsu tetapi memikirkan apabila tua kelak tidak mahu menyusahkan anak-anak mahupun adik beradik.

“Saya fikir nak kahwin ni hanya untuk sakit pening ketika tua nanti. Takkan saya nak menyusahkan anak-anak atau adik-beradik. Nak kahwin bukan lagi kerana nafsu, ” katanya.

SUMBER: mStar Online